BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2009

sejarah Tingkatan 2

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)

· sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
· Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
· terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
· Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
· kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
· banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
· pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
· tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
· banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
· teh dari China diperlukan oleh SHTI
· China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
· SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
· SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
· Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

· Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
· pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
· Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
· para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma


i) Ancaman Bugis Dari Selangor
· akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
· keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
· tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
· kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
· kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
· tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
· Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
· Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
· tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
· perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
· firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
· Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam
· Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
· selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
· Kedah berasa terancam
· Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
· Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
· Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
· SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang
(Teks m/s: 7-9)

· SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
· SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
· SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
· Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
· Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
· Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
· nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
· ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III
· tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
· tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
· bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu


Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
· SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
· SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
· SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan



Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

· tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
· Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
· SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
· SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
· Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
· Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
· Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
· Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
· Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
· Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
· Sultan Abdullah tewas
· Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
· kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama


SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)

· 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang
· SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
· terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800
· kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley


Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
· Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
· SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
· SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
· rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
· Kedah tewas dan ditakluki Siam
· Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826
· British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
· Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
· British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
· British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam
· Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
· Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
· kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
· kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
· perdagangan SHTI dengan China semakin penting
· barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
· SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
· SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
· selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
· Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
· Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
· Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
· hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
· merupakan sebahagian wilayah Johor
· kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
· Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
· Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
· Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
· Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda



Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

· Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
· Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
· Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
· SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
· SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
· SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
· SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
· perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
· Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
· Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
· Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
· Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
· pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
· SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
· pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
· British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

· tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
· pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
· pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
· kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
· Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina
· SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
· undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura

· SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
· alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
· SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
· tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)

· Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
· alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
· kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
· Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
· Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
· British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
· British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

· Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
· British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain
· Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
· Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13)

· tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
· Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
· Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
· tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
· tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
· ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
· tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
· alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

· pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
· Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
· Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
· semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
· kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)

· SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
· NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
· Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
· Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
· Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

· Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

0 comments: