BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 21, 2010

Tip pembelajaran berkesan ni diambil dari internet... moga ia dapat dijadikan panduan kepada pelajar.

TIPS UNTUK PEMBELAJARAN BERKESAN

BERIKUT INI DI PERTURUNKAN BEBERAPA TIPS – TIPS PEMBELAJARAN BERKESAN YANG MUNGKIN BERGUNA UNTUK ANDA SEMUA KHUSUSNYA PARA PELAJAR

1. JADUAL BELAJAR
SEHARUSNYA ADA 2 JADUAL BELAJAR IAITU JADUAL PEMBELAJARAN BAGI MENGHABISKAN SUKATAN DAN JADUAL BELAJAR HARIAN.KEGUNAAN JADUAL BELAJAR ADALAH AGAR MENDORONG MOTIVASI BELAJAR DI SAMPING PEMBELAJARAN TERSUSUN.PUN DEMIKIAN JADUAL SAHAJA TIDAK BERGUNA JIKA TIDAK DI IKUT…SO DISPILIN DIRI SANGAT PENTING…..

2. DISIPLIN DIRI
DISIPLIN DIRI AMAT PENTING BAGI MENJAMIN KEJAYAAN SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN TANPA DISIPLIN DIRI PERATUSAN UNTUK CEMERLANG DALAM PELAJARAN ADALAH KURANG.DISIPLIN ASAS KEJAYAAN.PUN DEMIKIAN SELALUNYA MANUSIA AMAT SUKAR MENGAWAL DISIPLIN DIRI….UNTUK MENGATASI MASALAH INI MAKA KITA SEHARUSNYA PANDAI MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI….CTH….INGAT KESUSAHAN KELUARGA…INGAT CITA-CITA DAN SEBAGAINYA

3. MOTIVASI BELAJAR
SELALUNYA MOTIVASI BELAJAR YANG KURANG AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN DISIPLIN DIRI DISAMPING PENGARUH PELBAGAI FAKTOR SEPERTI MASALAH PERIBADI, MASALAH KELUARGA DAN SEBAGAINYA. UNTUK MENGATASI MASALAH INI JUMPALAH KOUNSELOR ATAU CUBA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI.

4. TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN
HAL INI AMAT PENTING BAGI KITA MENGETAHUI CARA YANG TERBAIK UNTUK MENJAWAB SATU – SATU KERTAS PEPERIKSAAN.KADANGKALA JAWAPAN KITA MENJADI SALAH ATAU KITA LAMBAT MENJAWAB AKIBAT KETIADAAN PENGETAHUAN DALAM HAL INI.SEMINAR TEKNIK MENJAWAB INI SELALUNYA AKAN DIADAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.GURU-GURU MATA PELAJARAN ANDA JUGA TAHU TENTANG PERKARA INI.

5. LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR TAHUN–TAHUN LEPAS
PERKARA INI PUN SANGAT PENTING BAGI MENDEDAHKAN KEPADA KITA CORAK SOALAN DAN TAHAP KESUSAHAN SOALAN SEBANAR. BONUSLAH BAGI KITA KALAU ADA SOALAN BERULANG.BUKU – BUKU SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR TAHUN-TAHUN LEPAS BOLEH DIBELI DI KEDAI2 BUKU…JOM BELI…TAK ADA PERUNTUKAN CUABA CARI DI PERPUSTAKAAN…JOM PINJAM.

6. BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKAN
KEDUA-DUA PERKARA TERSEBUT ADALAH SANGAT PENTING SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN KITA. TAMBAHAN PULA BAGI SETENGAH PELAJARAN SKEMA JAWAPAN YANG DIBUAT OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN ADALAH BULAT – BULAT DARIPADA BUKU TEKS. SEKARANG BUKU TEKS DAH FREE…BUKU RUJUKAN BOLEH DIBELI…KALAU TAK MAMPU…PINJAM SAJA DI PERPUSTAKAAN …..

7. TUMPUAN SEMASA GURU MENGAJAR
PARA PELAJAR SEKELIAN PENUMPUAN SEMASA GURU MENGAJAR ADALAH SANGAT PENTING BAGI MENJAMIN KITA MEMAHAMI TOPIK PEMBELAJARAN. SEKIRANYA ANDA TIDAK FAHAM SEMASA GURU MENGAJAR BERANIKAN DIRI UNTUK BERTANYA…PEMBELAJARAN AKAN LEBIH BERKESAN SEKIRANYA ANDA SUSULI PENGAJARAN SESEORANG GURU ITU DENGAN MEMBUAT LATIHAN – LATIHAN BERKAITAN PEMBELAJARAN TERSEBUT.

8. PELAJARI DAHULU SATU
SATU TOPIK ITU SEBELUM GURU MENGAJARNYA DI KELAS – SEBAIK MUNGKIN ANDA SEPATUTNYA MEMPELAJARI DAHULU SATU SATU TOPIK PEMBELAJARAN SEBELUM GURU MENGAJARNYA DI KELAS. RASIONALNYA ..IALAH APABILA GURU MENGAJAR KELAK ANDA AKAN SENANG MEMAHAI TOPIK TERSEBUT DAN ANDA AKAN TAHU BERTANYA PERKARA YANG ANDA TIDAK FAHAM…SILA AMALKAN…

9. MASALAH MENGANTUK SEMASA BELAJAR
ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGANTUK KETIKA BARU MENTELAAH PELAJARAN?…KALAU YA MAKA ANDA PERLU MEMBUAT SENAMAN RINGAN,BELAJAR DITEMPAT YANG TERANG PENCAHAYAANNYA,MEMBASUH MUKA DAN MEMBASAHKAN KEPALA,KALAU DAH TAK TAHAN SANGAT TIDURLAH SEKEJAP BARANG 10, 20 MINIT…….

10. JANGAN AMALKAN BUDAYA MENANGGUH
BUDAYA MENANGGUH AKAN MENYEBABKAN PEMBELAJARAN KITA TERTANGGUHNYA AKHIRNYA KITA KETINGGALAN LALU WUJUD PERASAAN MALAS DAN PUTUS ASA…DISIPLINKANLAH DIRI ANDA …DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

11. BUDAYA MALU BERTANYA
SEKIRANYA ANDA SEORANG YANG MALU BERTANYA TENTANG PELAJARAN YANG ANDA TIDAK FAHAMI MAKA…ANDA HARUSLAH MEMBUANG TABIAT TERSEBUT DAN MULALAH BERTANYA…KEPADA KAWAN2 YANG PANDAI

12. DAYA INGATAN LEMAH
JIKA DAYA INGATAN ANDA LEMAH MAKA BACALAH BERULANG2 SEHINGGA INGAT DENGAN CARA MEMBUAT NOTA – NOTA RINGKAS..DAN CARTA – CARTA ALIRAN, PETA MINDA DAN SEBAGAINYA…

13. NOTA RINGKAS
NOTA RINGKAS INI ADALAH ISI -ISI PENTING PEMBELAJARAN YANG TELAH ANDA FAHAMI….MEMBANTU MEMENGINGATI FAKTA PEMBELJARAN DAN MEMPERCEPATKAN PEMBELAJARAN ANDA.

14. MASALAH PERIBADI DAN KELUARGA
SESUNGGUHNYA KEDUA – DUA MASALAH TERSEBUT BOLEH MENJEJASKAN PENCAPAIAN KITA DALAM AKADEMIK. OLEH ITU CARILAH PENYELASAIAN TERBAIK UNTUK MENGATASINYA….BERJUMPALAH KAUNSELOR ATAU MINTA PANDANGAN KAWAN2 ATAU BERBINCANG DENGAN PIHAK KELUARGA…..

15. MEMILIH KAWAN
TINDAKAN ANDA BIJAK SEKIRANYA ANDA MEMILIH KAWAN2 YANG RAJIN BELAJAR DAN PANDAI DALAM PEMBELAJARAN.WALAU PUN ANDA MUNGKIN SEDERHANA SAHAJA DALAM PEMBELAJARAN TETAPI MUDAH – MUDAHAN KAWAN2 ANDA AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA…

16. MEMBUAT TARGET KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
ANDA BUATLAH TARGET UNTUK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG AKAN ANDA HADAPI….TUJUANNYA AGAR MENDORONG ANDA BERUSAHA GIGIH UNTUK MENCAPAINYA…

17. STUDY SMART DAN STUDY HARD
KEDUA-DUA PRINSIP PEMBELAJARAN INI SEHARUSNYA DIPEGANG SEKIRANYA ANDA INGIN MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.

18. MASALAH BENCI GURU MATAPELAJARAN DAN BENCI DENGAN MATA PELAJARAN
JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH INI MAKA USAHAKAN AGAR ANDA TIDAK TERUS TERJERUMUS DALAM MASALAH INI KERANA ANDA AKHIRNYA YANG AKAN MENANGGUNG KERUGIAN.

19. KESESUAIAN MASA BELAJAR DENGAN MATA PELAJARAN YANG HENDAK DIPELAJARI
SEKIRANYA ANDA DALAM KEADAAN AGAK MENGANTUK PELAJARILAH MATA PELAJARAN YANG MELIBATKAN PROSES KIRA – MENGIRA DAN SEBALIKNYA.

20. BERDISIPLIN, BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL ADALAH KUNCI KEJAYAAN ANDA…TQ.

Jadikan ia sebagai rujukan

salam... tahun ini nampaknya cikgu tak dapat menyambung kontrak sebagai GSTT.. Nampaknya mengajar kat rumah jelah. Anak sulung pun dah menjejak kaki ke alam persekolahan sebenar. sekarang kerja menghantar dan mengambil anak ke sekolah dan kelas iqra'. Kerja sekolah pun nak kena pantau supaya semuanya siap. Namun begitu rasanya tak naklah blog ini bersawang dek lama ditinggalkan.. hasrat hati moga ilmu pengetahuan menghasilkan blog yg diperolehi di SMKSB thn lepas tidak disiakan.moga dapat mengumpul bahan2 untuk dijadikan rujukkan bagi pelajar2 yang inginkan kemajuan dalam pelajaran mereka. moga juga dapat dijadikan rujukan untuk anak2 di masa hadapan.