BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 22, 2009

Sultan Mahmud Shah

Sultan Mahmud Shah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, ialah anak Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah.
Pada tahun 1488, selepas kematian ayahandanya, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara baru Melaka.

Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Hang Nadim.
Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah
1) Raja Wati, Puteri Sultan Muhammad Shah, dari Pahang
2) Puteri Unang Kening, Puteri Sultan Mansur Shah bersama Puteri dari Champa (Dari Kelantan)
3) Tun Kudu @ Datuk Putih, Anak Tun Tahir
4) Tun Sabariah atau Tun Birah, anak Laksamana pada waktu itu
5) Tun Teja, anak kepada Bendehara Pahang, perkahwinan pada tahun 1494
6) Tun Fatimah, Anak kepada bendehara Tun Mutahir, bekas isteri Tun Ali.

Kejatuhan Melaka
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah dipenuhi dengan rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada putera sulungnya, Sultan Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak. Sultan Ahmad Shah pula telah dihukum bunuh.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1528

Muzium Kota Tinggi, Johor.

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Sultan Mahmud Shah II
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Nama asalnya ialah Raja Mahmud dan bergelar Sultan Mahmud Shah II, Sultan Johor ke-10 pada 1685-1699. Beliau ditabalkan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".
Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.

Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas tahta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila ia besar dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:
"He was a great sodomite and had taken many of his orang kaya or Nobles's son, by force into his palace for that abominable services. A Moorish merchant, who was a freighter on board my ship had an handsome boy to his son, whom the king one day saw and would needs have him for a catamite. He threatened the father, that if he did not send him with good will, he would have him by force. The poor man had taken his son on board, imploring my protection which I promised him.." ( Winstedt 1932).

Diberitakan ramai lelaki cantik menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari tahta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), Megat Seri Rama pun membunuh Sultan gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu.

Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud ditanamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu. Tetapi ada pula seorang penuntut tahta sultan bergelar Raja Kecil. Kononnya raja ini adalah anak Sultan Mahmud yang masa kecilnya dilarikan oleh pembesar baginda ke Muar. Anak pembesar itu diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya.

Raja Kecil kemudiannya di bawa orang ke Pagar Ruyung. Apabila dewasa, lalu beliau dengan bantuan orang Minangkabau dan orang Laut menyerang Riau. Tahun 1719 Riau dapat ditawan, kerabat Sultan Abdul Jalil habis dibunuh. Sultan Abdul Jalil diturunkan pangkat menjadi Bendahara dan anaknya dikahwini oleh Raja Kecil. Bendahara ini melarikan diri ke Terengganu tetapi dapat dibunuh oleh orang upahan Raja Kecil, dan anaknya Raja Sulaiman ditawan.
Di Johor pula, persepakatan telah diwujudkan dengan orang Bugis diketuai oleh Daeng Marewa untuk menghalau Raja Kecil. Angkatan Bugis yang terkenal itu akhirnya berjaya menghalau Raja Kecil dan Raja Sulaiman kembali dinaikkan tahta kesultanan Johor Riau. Zaman kesultanan kerabat Sultan Abdul Jalil inilah menjadikan Riau terkenal sebagai pusat perdagangan dan agama Islam. Riau dikenali "Pulau Segantang Lada" yang dikunjungi berbagai pedagang dari Eropah dan timur jauh.

Tuesday, May 19, 2009

video Melaka

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru terutamanya buat guru-guru SMKSB dan guru-guruku di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu... Jasa mu guru hanya tuhan yang dapat membalas. Semoga sentiasa diberkati dan sihat sentiasa, Amin.

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Friday, May 15, 2009

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal akhirnya.


Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang



  1. Optimistik. Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

  2. Jangan bersikap pesimistik. Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

  3. Kesedaran memikul tanggungjawab. Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

  4. Tumpuan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

  5. Mulakan dari awal . Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

  6. Sentiasa bersedia. Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

  7. Lengkapkan peralatan. Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

  8. Tepati waktu belajar. Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

  9. Dapatkan bantuan guru. Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

  10. Hormati guru. Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

  11. Bersoal jawab dengan guru. Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

  12. Beri pandangan membina. Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

  13. Berbincang dengan rakan. Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

  14. Siapkan tugasan yang diberi. Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

  15. Tubuhkan kumpulan studi. Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

  16. Sering masuk perpustakaan. Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

  17. Baca akhbar. Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
  18. Menonton rangcangan yang sesuai. Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

  19. Lakukan peperiksaan. kendiriPelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

  20. Sediakan jadual waktu. Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

  21. Sertai ceramah motivasi. Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  22. Sertai seminar peperiksaan. Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

  23. Beli buku rujukan. Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

  24. Masuk kelas tuisyen. Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

  25. Lawatan ke pameran buku. Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

  26. Sertai kokurikulum sekolah. Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

  27. Sanggup manghadapi cabaran. Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

  28. Jaga keselamatan diri. Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

  29. Jaga kesihatan fizikal. Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

  30. Makanan seimbang. Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

  31. Malu bertanya sesat jalan. Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

  32. Sembahyang. Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  33. Doa. Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

  34. Tawakkal. Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

(Dipetik daripada mycerdik/bijak1. html)

TIP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran Belajar


Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada beberapa tips kemahiran belajar.

Bijak Belajar

  • Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
    Bertenang dan melapangkan fikiran.
    Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
    Tidur yang mencukupi..
    Menjaga kesihatan diri.
    Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
    Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
    Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
    Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
    Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
    Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
    Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
    Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
    Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
    Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
    Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
    Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
    Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
    Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
    Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
    Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
    Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
  • Panduan Belajar
    Kaedah Belajar Berkesan
    Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
    Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
    Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
    Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
    Memahami apa yang dibaca.
    Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
    Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
    Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
    Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
    Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
    Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
    Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
    Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
    Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.



Teknik Belajar Berkesan
(Oleh : Juiptri@tm.net.my)


Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



  • Teknik Belajar 5R-STUV
    Recopy [salin semula]
    Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
    Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
    Recheck [semak semula]
    Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
    S-sumarize [ringkaskan nota penting]
    T-test your self [uji diri anda]
    U-use [gunakan]
    V-visualize [bayangkan selalu]

  • Teknik Belajar Secara Pembayangan
    Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
    Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
    Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
    Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

  • Teknik Belajar PV3R
    Preview (tinjauan awal)
    Question (soal diri)
    Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
    Recite & write (lafaz dan tulis nota)
    Review (tinjauan akhir)
    Sumarize (ringkaskan)
    Test your self (uji diri anda)
    Use (gunakan)
    Visualize (bayangkan)

  • Pengurusan Masa
    Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
    Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
    Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
    Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
    Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
    Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
    Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
    Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
    Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
    Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
    Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
    Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
    Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
    Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
    Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
    Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
    Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
    Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
    Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
    Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
    Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
    * MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

  • Lain-lain masa yang perlu diurus.
    Masa ditelipon-pendekan perbualan
    Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
    Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
    Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
    Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
    Masa mendengar radio(kurangkan masa)
    Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
    Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
    Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

  • 7 Cara Cemerlangkan Otak
    Positive mental attitude & positive physical action.
    Air-clean air for the brain.
    Mental Challenges for the brain.
    Food for the brain.
    Exercise for the brain.
    Sleep for the brain.
    Meditation & power brain.

  • Amalan Peningkatan Daya Ingatan
    Faham.
    Jarakkan/pecahkan masa belajar.
    Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
    Percaya pada diri sendiri.
    Ulang berkali-kali.
    Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
    Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
    Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).
    AMALKAN SEMOGA BERJAYA


KATA-KATA MOTIVASI


Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.



  • Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier

  • Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.- Charles Cahier

  • Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen

  • Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina

  • Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli

  • Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin

  • Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle

  • Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus

  • Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius

  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo

  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

  • Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel

  • Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger

  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze

  • Kegagalan adalah asas kemenangan- Lao Tze

  • Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.- Lao Tze

  • Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse

  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson

  • Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

  • Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa Arab

  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.- Peribahasa Melayu

  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius

  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.- Confucius

Resepi Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.




Panduan Mencatat Nota

Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?
Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Nota daripada buku teks
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.
Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
Membantu pelajar memahami pelajaran
Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Teknik Mencatat Nota
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]
Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik
Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

MNY's Online
http://www.geocities.com/narzuki
geovisit();