BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 11, 2009

PESAN BISTARI

PESAN BESTARI
1. Kejayaan adalah pengembaraan, bukannya perhentian.
2. Rintihan tidak akan membawa kejayaan kepada hidup anda.
3. Faith moves the mountain. (Pepatah Inggeris)
4. A good student must aim, above and beyond the average.
5. Matlamat bermula di alam rasa, sampai ke alam pemikiran, beredar ke alam perbuatan dan berakhir di alam kenyataan.
6. Manusia boleh mengubah nasib, tetapi nasib tidak boleh mengubah manusia.
7. Pohonlah kamu sekalian kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan untukmu. (Al-Mukminin : 60)
8. Anda tidak akan mudah mengaku kalah dan mengangkat bendera putih.
9. Ingatlah! Kegagalan seseorang itu bukanlah kerana ketidakmampuannya untuk berjaya, tetapi ia gagal memahami keupayaannya untuk berjaya.
10. Berkata “TIDAK BOLEH” sebelum mencuba, dia telah gagal sebelum berjuang.
11. Adalah satu perkara yang mustahil Allah Yang Maha Adil memberikan tugas yang besar kepada manusia sebagai pemimpin alam ini sekiranya tidak dilengkapi dengan satu keupayaan yang besar untuk memikul tugas sebesar itu…. Yakinlah!!!
12. Apa yang ada di antara dua bahu dan telinga (ilmu) itu jauh lebih baik daripada apa yang ada di bawah dua telapak kaki (harta).
13. Ingatlah! Bukan semua yang bersinar itu intan dan yang malap itu kaca.
14. Di antara hidup dan mati, hanyalah dibezakan oleh sedegup jantung.
15. Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bersegi tidak akan datang terkedek-kedek.
16. Menuntut ilmu ibarat kita melalui sebatang sungai yang dalam airnya. Semakin kita menuju kuala, kita dapati betapa banyaknya air sungai itu. Akan tetapi, apabila kita sampai di kuala, kita akan dapati lautan itu cukup dalam airnya luasnya tidak bertepi. Begitulah ibarat ilmu yang semakin dituntut semakin banyak yang belum diketahui.
17. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama./ The thousand miles journey bagin with one small step. (Lao Tze)
18. Ilmu yang kita miliki hanya segenggam tangan sahaja. Sebesar dunia lagi yang belum dipelajari. (Pepatah Tamil) Katratu kain man alavu, kalla tatu vullagalavu)
19. Setiap orang yang dilahirkan pasti ada gunanya. Chien syen wu cai bi yo yong. (Pepatah Cina)
20. Dalam buku ada gadis jelita, dalam buku itu ada emas. (Pepatah China)
21. Ilmu ibarat lautan yang dalam yang masih belum diterokai, semakin dalam ia diselami, semakin banyak khazanah yang akan kita temui di mana ia tidak terdapat di daratan.
22. Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu dengan halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar bagi sesuatu cita-cita.
23. Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi oleh nenek moyang kita (Ali Abi Talib)
24. Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun ia diucapkan oleh orang kaya atau miskin, kerana mutiara yang berharga itu tidak jatuh nilainya walaupun penyelamnya adalah orang yang hina. (Ibnu Maafa’)
25. Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Abdul Malik Marwan)
26. Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidahnya dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah lakunya. (Ali Abi Talib)
27. Cintailah semua orang, percayalah sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. (William Shakespeare)
28. Jiwa yang lemah adalah seumpama mikroskop yang membesarkan hal-hal yang kecil tetapi tidak boleh menerima hal yang besar. (Lord Ehesterfield)
29. Buku adalah umpama taman bunga yang boleh dibawa di dalam saku. (Peribahasa Arab)
30. Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal dan peti bodoh itu jahil. (Imam Syafie)
31. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu lompatan menuju kejayaan demi kejayaan. (Budiman)
32. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. (Luqmanul Hakim)
33. Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang jatuh dan dapat bangun kembali. (Confucius)

KISAH TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA.

1. Ahli matematik Malaysia, Ali b. Yaakub (66 tahun) telah mengejutkan dunia matematik apabila berjaya menyelesaikan kajian pembuktian Teorom Terakhir Fermat yang telah terhenti sejak tahun 1665. Kejayaan beliau telah mengatasi kajian Andrew Miles dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat.(Utusan Malaysia, 5 Januari 1995)

2. Tauh Johari Atan, pemuda yang berasal dari Melaka dilahirkan cacat dan terpaksa dipapah untuk ke sekolah sejak kecil serta terpaksa menggunakan kerusi roda semasa belajar di universiti. Berkat ketabahan, beliau mencatat sejarah muncul sebagai peguam cacat yang pertama dalam sejarah negara Malaysia.

3.Roger Bannister, seorang pelajar Fakulti Perubatan dari Australia telah mencatat sejarah dunia pada 6 Mei 1954 apabila memecahkan rekod larian 1 batu iaitu dengan catatan 3 minit 59.4 saat. Sebelum ini, cubaan telah dilakukan selama 3200 tahun oleh pelari jarak jauh, tetapi gagal.

4.Thomas Elva Edison, pernah gagal beratus-ratus kali dalam eksperimen mencipta mentol lampu, tetapi berkat kesabaran dan kegigihan, eksperimen beliau akhirnya berjaya.

5.Jahangir Khan, pemuda berusia 22 tahun dari Pakistan telah berjaya menjadi juara dunia dalam acara squash sebanyak 5 kali dalam usia semuda itu berkat kegigihan.

6.Vasily Alexeev dari Soviet Union berjaya mencatat rekod dunia pada tahun 1970 dalam acara angkat berat apabila berjaya mengangkat beban seberat 500 lb.

7.Nelson Mendela, pemimpin kulit hitam Afrika Selatan pernah mengalami kesengsaraan merengkok dalam penjara selama 27 tahun akibat kekejaman rejim kulit putih setelah beliau memimpin gerakan prodemokrasi. Akan tetapi hasil kegigihannya, beliau berjaya memenangi pilihanraya dan terpilih sebagai Presiden Afrika Selatan.

8.Profesor Ismail Salleh, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang yang buta sejak kanak-kanak lagi. Beliau terpaksa belajar dengan menggunakan kaedah braille. Berkat ketekunan dan kepintarannya, beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti New York, Albany dan seterusnya ke peringkat PhD. di universiti yang sama.

Fikirkan boleh!!!!

Jika kau fikirkan kau boleh Engkaulah apa kau fikirkan
Kau hampir boleh melakukan Terkandung dalam pemikiran
Jika kau fikirkan ragu-ragu Berfikir boleh menentukan
Usahamu tidak menentu Fikirkan boleh

Jika kau fikirkan kekalahan Percaya apa kau lakukan
Kau hampiri kegagalan Tabah apa kau usahakan
Jika kau fikirkan kemenangan Bertindak atas kemampuan
Kau hampiri kejayaan Engkau boleh!!!!!


Pepatah China :
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
(Lao Tze)
Selamat berjaya daripada Cikgu Yasmin b Hashim @ Yasin.
SMK (A) Dato’ Ismail, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
PENGURUSAN MASA.
1. Pendahuluan.
Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi manusia, kerana apabila berlalunya masa, ia tidak akan kembali lagi. Walaupun hanya beberapa detik, masa mampu menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang, contohnya dalam perlumbaan atau dalam peperiksaan.
Menyedari hakikat kepentingan masa inilah, Allah berfirman:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
melakukan amal soleh/baik, serta mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.”
(Al-Asr:1-3)
2.Usia dalam bentuk masa
1 hari = 24 jam
1 minggu = 168 jam
1 tahun = 8,736 jam(52 minggu)
60 tahun = 8736 jam X 60 = 524,160 jam.

TIDUR BELAJAR MAKAN LAIN-LAIN
1 hari 7 jam 8 jam 1 jam 8 jam
1 tahun 52 X 7 X 7 52 X 7 X 8 52 X 7 X 1 52 X 7 X 8
=2548 jam =2912 jam = 364 jam =2912 jam
Peratus 29.17 % 33.3 % 4.1 % 33.3 %
60 tahun 17.5 tahun 19.9 tahun 2.5 tahun 19.9 tahun

ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BETUL???

3. Jadual pengurusan masa.

Masa Aktiviti harian.
5.00 - 6.00 pagi : Bangun, mandi, sembahyang.
6.00 - 6.30 pagi : Sarapan, ulangkaji.
7.00 - 1.30 t/hari : Belajar di sekolah.
2.00 - 4.00 petang : Kerja rumah, baca akhbar/majalah.
4.00 - 6.00 petang : Berbincang, bermain.
6.00 - 8.00 malam : Rehat, makan, sembahyang.
8.00 - 10.30 malam : Menonton berita, belajar,ulangkaji.
11.00 malam : Tidur.

4. Pelan tindakan harian.

DO IT NOW!!!
Perkara untuk dilaksanakan hari ini:

Masa Perkara Peruntukan masa

1
2
3
4
5
6
7
8


“Time is the searcest recource. If it is not managed, nothing else can be properly managed.”
5. Teknik-teknik pengurusan masa.
1. Rancangkan masa anda.
2. Beri penumpuan.
3. Jangan bersikap perfectionist.
4. Jangan jadi Pak Sanggup.
5. Jangan menangguhkan kerja.
6. Buangkan sikap runsingkan perkara yang lepas.
7. Tentukan kerja yang terpenting.
8. Berehatlah bila perlu.

6. Kenapa kita perlu menguruskan masa.
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
a. Masa muda sebelum tua.
b. Masa sihat sebelum sakit.
c. Masa kaya sebelum miskin.
d. Masa lapang sebelum sibuk.
e. Masa hidup sebelum mati. (Hadis riwayat Baihaqi)

7. Saat kehidupan.
Hidup ini ada tiga saat sahaja:
- Saat yang telah berlalu.
- Saat yang sedang ditempuhi.
- Saat yang akan datang.
Justeru itu, jadikan:
- Saat yang telah berlalu sebagai sempadan dan teladan.
-Saat yang sedang ditempuhi sebagai tangga usaha.
-Saat yang akan datang sebagai perancangan kejayaan.
Sehari hanya ada tiga waktu sahaja:
- 1/3 waktu untuk usaha keduniaan.
- 1/3 waktu untuk berehat.
- 1/3 waktu untuk ibadah khusus.

8. Kesimpulan.
Orang yang berjaya dalam apa jua bidang sememangnya mempunyai rahsia mengurus masa dengan cemerlang. Dalam dunia yang luas ini, manusia dapat memanfaatkan masa yang hanya 24 jam satu hari itu dengan menguruskan masa secara terbaik. Justeru, tidak hairanlah jika pada pagi ini kita minum teh di Tokyo, makan tengah hari di Sarajevo dan makan malam di Montecarlo.

Renungan: Masa itu seperti pedang yang tajam. Jika kita gagal menggunakannya,
ia akan memotong kepala kita. (Pepatah Arah)


Sekian daripada: Cikgu Yasmin Hashim,
SMK (A) Dato’ Ismail,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
(09-7865108) / 013-9286852

0 comments: