BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2009

Buah hatiku


Inilah mengarang jantung ummi dan abah.... Muhammad Aqil Haziq (5 thn 4 bln) dan Nur Afiqah Hazirah (2 thn 11 bln)...Kehadiran mu menyerikan lagi dunia ini... moga anak-anakku membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin....

sejarah Tingkatan 2

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)

· sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
· Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
· terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
· Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
· kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
· banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
· pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
· tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
· banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
· teh dari China diperlukan oleh SHTI
· China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
· SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
· SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
· Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

· Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
· pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
· Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
· para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma


i) Ancaman Bugis Dari Selangor
· akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
· keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
· tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
· kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
· kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
· tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
· Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
· Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
· tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
· perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
· firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
· Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam
· Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
· selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
· Kedah berasa terancam
· Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
· Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
· Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
· SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang
(Teks m/s: 7-9)

· SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
· SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
· SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
· Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
· Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
· Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
· nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
· ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III
· tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
· tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
· bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu


Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
· SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
· SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
· SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan



Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

· tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
· Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
· SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
· SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
· Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
· Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
· Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
· Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
· Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
· Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
· Sultan Abdullah tewas
· Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
· kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama


SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)

· 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang
· SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
· terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800
· kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley


Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
· Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
· SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
· SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
· rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
· Kedah tewas dan ditakluki Siam
· Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826
· British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
· Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
· British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
· British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam
· Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
· Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
· kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
· kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
· perdagangan SHTI dengan China semakin penting
· barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
· SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
· SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
· selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
· Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
· Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
· Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
· hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
· merupakan sebahagian wilayah Johor
· kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
· Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
· Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
· Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
· Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda



Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

· Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
· Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
· Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
· SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
· SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
· SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
· SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
· perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
· Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
· Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
· Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
· Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
· pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
· SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
· pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
· British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

· tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
· pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
· pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
· kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
· Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina
· SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
· undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
· Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura

· SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
· alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
· SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
· tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)

· Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
· alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
· kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
· Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
· Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
· British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
· British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

· Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
· British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain
· Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
· Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13)

· tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
· Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
· Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
· tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
· tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
· ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
· tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
· alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

· pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
· Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
· Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
· semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
· kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)

· SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
· NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
· Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
· Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
· Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

· Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

Sejarah Tingkatan 1

BAB 1: SEJARAH DAN KITA

Pengertian Sejarah
1 Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang membawa maksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.
2 Definisi sejarah yang diberikan oleh tokoh-tokoh sejarah adalahseperti berikut:
a) Ibn Khaldun
Sejarah membiarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat mas8yarakart itu.
b) Herodotus
Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya­
c) Muhd. Yusof Ibrahim
Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu.
3 Kesimpulannya sejarah adalah penyeldikan tentang perkara yang telah berlaku.

Ciri-ciri Sejarah
1 Fakta Yang Tepat Dan Benar
a) Fakta atau maklumat sejarah merujuk kepada peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang
dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih.
b) Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah.
c) Fakta sejarah juga perlu dipertanggungjawabkan.
2 Penting dan Bermakna
a) Peristiwa sejarah itu amat penting kerana memberi kesan kepada individu, masyarakat dan
negara.
3 Sebab Dan Akibat
a) Sejarah menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada
peristiwa atau sebab dan akibat.

Sumber Sejarah
1 Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa.
2 Sumber sejarah terbahagi kepada:
a) Sumber pertama (sumber primer)
b) Sumber kedua (sumber sekunder)
3 Sumber pertama adalah dalam bentuk fosil, kertas, artifak dan keterangan lisan. Contohsumber pertama lalah
a) Fail rasmi jabatan
b) Surat peribadi
c) Diari
d) Manuskrip yang belum dicetak
e) Batu bersurat
13 Muzium Negara dan Arkib Negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk.
14 Contoh-contoh sumber kedua ialah
a) Buku
b) Bnsiklopedia
c) Majalah dan surat khabar
d) Buku teks
e) Rencana

Kaedah Pengkajian Sejarah
1 Untuk memperoleh sumber kedua terdapat kaedah yang digunakan iaitu:
a) Kaedah lisan
b) Kaedah bertulis
c) Kaedah rujukan bahan bertulis
2 Tafsiransejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
3 Tafsiran sesuatu peristiwa sejarah berbeza mengikut kaca mata antara ahli sejarah.

Kepentingan sejarah
1 Sejarah dapat membantu kita mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.
2 Sejarah dijadikan iktibar dan pengajaran sebagai panduan untuk masa kini dan masa
hadapan.
3 Sejarahdapat memupuksemangat setia,jujur, berani dan bangga kepada negara.
4 Sejarah membantu menghargai dan meme­lihara apa yang dimiliki.


BAB 2: ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

1 Zaman prasejarah adalah zaman sebelum sejarah direkodkan secara bertulis.
2 Zaman prasejarah penting dipelajari untuk me­mudahkan kefahaman dan menghubungkaitkannya dengan perkembangan ketamadun manusia di Asia Tenggara.
3 Zaman prasejarah dbahagikan kepada tiga, tahap di Malaysia iaitu
a) Zaman Paleolitik (200000 hingga 30000 tahun dahulu).
b) Zaman Neolitik (7000 tahun dahulu).
c) Zaman Logam (4000 tahun dahulu).
4 Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:
Lokasi
Kota Tampan, Bukit Jawa dan Bukit Bunuh (Perak),
Gua Niah (Sarawak).
Tingkayu (Sabah).
Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
Hidup berpindah-randah atau nomad
Tinggal di gua, di luar gua dan sekitar tasik.
Kegiatan utama
Memburu binatang.
Memungut hasil hutan.
Mengamalkan cara hidup sara diri
Peralatan
Menggunakan alat batu dalam kehidupan seharian
Keperayaan
Mengamalkan kepercayaan animisme.
Mengamalkan upacara perkuburan.

5 Ciri-ciri masyarakat Zaman Neolitik adalah seperfi berikut:
Lokasi
Gua Cha (Kelantan).
Bukit Tengkorak (Sabah).
Ciri-ciri penempatan dan masyamkat
Tinggal di gua berhampiran sungai.
Ada pembahagian kerja.
Terdapat sistem masyarakat serta corak kepimpinan.
Kegiatan utama
Memungut hasil hutan.
Bercucuk tanam.
Memburu.
Menangkap ikan.
Menternak binatang.
Mereka berdagang secara tukar barang.
Mencipta barang kemas seperti anting­-anting, gelang dan kalung.
Peralatan
Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.
Mencipta peralatan seperti tembikar, bekas air, periuk dan belanga.
Keperayaan
kepercayaan animisme

6 Ciri-ciri Zaman Logam ialah.
Lokasi
Sungai Tembeling (Pahang)
Gua Harimau (Perak)
Changkat Menteri (Perak).
Ciri-ciri penempatan dan masyamkat
Mula hidup secara menetap di satu tempat.
Ada yang masih finggal di dalam gua dan berhampiran dengan
sungai.
Mempunyai adat resam.
Kegiatan utama
Bercucuk tanam.
Menangkap dan menternak blnatang.
Berdagang secara tukar barang.
Menangkap ikan.
Peralatan
Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi.
Keperayaan
Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup.
Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu



BAB 3 : KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

I Sejarah kerajaan awal Asia Tenggara dibahagikan kepada dua buah kerajaan iaitu
a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim

Kerajaan Agraria
1 Kerajaan agraria terdiri daripada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor.
2 Kerajaaan agraria adalah sebuah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada kegiatan pertanian.
3 Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah.

A Kerajaan Angkor
a) diasaskan pada abad ke-7 Masihi.
b) Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Mekong.
c) Kawasan pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
d) Baray dibina untuk kemudahan sistem pertanian.
e) Raja Angkor mempunyai kuasa mutlak dan dianggap sebagai Dewaraja
f) Antara pemerintah yang termasyhur ialah Suryavarman II.
g)Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha dikerajaan Angkor.

B Kerajaan Funan
a) Kerajaan yang terawal di Asia Tenggara iaitu wujud pada abad Pertama Masihi.
b) Pelabuhan kerajaan ini ialah Oc-Eo.
c) Raja Kaundinya merpakan raja pertama kerajaan Funan. Beliau menggunakan gelaran
Kurung Bnam.
d) Pemerintah yang paling masyhur kerajaan Funan ialah Fah Shih Min.

Kerajaan Maritim
1 Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit, Kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu.
2 Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan, membina kapal dan perikanan.
3 Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damar, gaharu dan cendana.
4 Masyarakat maritim mahir dalam teknologi pembinaan kapal.

A Kerajaan Champa
a) Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien.
b) Champa dipengaruhi oleh China pada kurun ke-13 hingga kurun ke-15.

B Kerajaan Srivijaya
a) Diasaskan sekitar abad ke-7 Masihi dan berpusat di Palembang.
b) Pengasas kerajaan Majapahit ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi oleh agama Hindu-
Buddha dan melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu

C Kerajaan Majapahit
a) Kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangan pada masa pemerintahan Hayam
Wuruk atau Raja Senagara. Baginda dibantu oleh, Perdana Menteri yang bernama Patih
Gajah Mada.

D Kedah Tua
a) Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Cheh Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi.
b) Kerajaan Kedah Tua adalah antara kerajaan awal di Semenaujm,g Tanah Melayu.
c) Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian berpindah
ke Lembah Bujang.
d) Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang.

E Kerajaan Chih Tu
a) Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak dl hulu Sungai Kelantan.
b) Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal ke-6 Masihi.
c) Chih Tu mempunyai corak pentadbiran yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak.


BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1 Diasaskan oleh seorang putera raja iaitu Parameswara yang berasal dari Palembang, Timur Sumatera.
2 Palembang terletak di bawah kekuasaan Majapahit.
3 Parameswara cuba membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit tetapi tidak berjaya dan melarikan diri ke Temasik.
4 Di Temasik Parameswara telah membunuh Temagi (wakil kerajaan Siam di Temasik) dan terpaksa melarikan diri ke utara kerana bimbang serangan Siam.
5 Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Muar, kemudian menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.
7 Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan bakau di persisiran pantai. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan ,angin monsun.
8 Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan negeri.


Asal-usul nama Melaka

1 Nama asal Melaka dikaitkan dengan
a) Sebatang pokok Melaka yang disandar oleh Parameswara sewaktu peristiwa seekor
pelanduk menendang anjing pemburuannya (Sumber : SejarahMelayu)
b) Perkataan Bahasa Arab iaitu Mulagah yang bermaksud pertemuan dan Malakat yang
bermaksud perhimpunan segala dagang.
c) Pokok Amalaka iaitu pokok yang pertama tumbuh di dunia. (Sumber : Mitos Hindu)

Langkah-langkah Parameswara Membangunkan Melaka
1 Sistem pemerintahan yang tersusun - Jawatan pembesar, bentara dan biduanda diwujudkan
2 Menyediakan kemudahan di pelabuhan – bekalan air, gudang, kemudahan memperbaiki kapal dan tempat tinggal
3 Bantuan Orang Laut.
4 Menjalinkan hubungan dengan Siam untuk menjamin keselamatan.
5 Menjalinkan hubungan dengan China untuk menjamin keselamatan.
6 Ikatan konsep daulat.
7 Mewujudkan sistem perundangan.

cintailah sejarah

Sejarah..... rata-rata apabila menyebut subjek ini pelajar akan terbayangkan banyaknya fakta nak kena ingat..boringnya masuk kelas sejarah....mengantuk!!!!



Semuanya bermula dari minda kita..... sekiranya kita mensetkan minda kita yang sejarah ni boring maka boringlah jadinya.... apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menimbulkan minat terhadap sejarah?

Pertamanya apa yang perlu dilakukan ialah setiap pelajar perlulah mengubah persepsi mereka terhadap sejarah...pelajar perlulah berfikiran positif..tanamkanlah minat terhadap sejarah...
fahamilah apa yang dipelajari sebelum anda memulakan proses menghafal... lakukan ulangkaji secara rutin agar ianya sentiasa melekat di hati dan minda....ingatlah banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan kita mempelajari sejarah... selain mendapat pengetahuan tentang kisah yang telah berlaku di masa yang sama kita dapat melatih minda kita untuk mengingat.